Adik-adik remaja sekalian yang masih belum kawin,
selagi belum akad nikah,
selagi itulah ada jarak di antara kamu dan pasangan
kamu.
Selagi itulah ada pemisah di antara kamu dan dia.
Selagi itulah ada syaitan di antara kamu dan dia.
Selagi itulah akan ada murka Allah di antara kamu dan dia.
IMPLIKASI ZINA TERHADAP PERKAHWINAN
Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan
masyarakat dan kesejahteraan ummah. Zina adalah musuh ketat kepada institusi
keluarga yang mana keluarga adalah punca dan asas kepada jatuh dan bangun
sesebuah negara.
Membenarkan perbuatan zina atau membiarkan masyarakat terus
melakukan perbuatan dan perkara yang membawa kepada zina boleh menyebarluaskan
kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Ia akan menghancurkan institusi
kekeluargaan dan akhir sekali menghancurkan ummah.
Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak
disebabkan zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak
mengenal batasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali
budaya buruk ini. Dengan kata lain, anak-anak gadis pada umur 15 tahun lagi
ataupunyang lebih awal dari itu sudah hilang dara.
Tegasnya, bersekedudukan sebelum kahwin adalah perkara biasa
bagi masyarakat barat. Oleh itu, hari ini arus pemikiran Barat tersebar luas di
kalangan masyarakat dunia. Seruan kebebasan
wanita dilaungkan dan pergaulan bebas di antara lelaki dan
perempuan tanpa batasan dianggap sebagai perlakuan biasa dalam
masyarakat.
Al-Qardhawi menegaskan bahawa di antara implikasi-implikasi
berlakunya pergaulan bebas ialah :
· Keruntuhan akhlak
· Wujudnya anak-anak yang tidak sah taraf (anak luar
nikah)
· Merebaknya pelbagai penyakit merbahaya seperti HIV/AIDS
· Sebahagian besar perempuan dan lelaki akan terus
membujang
· Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara
yang remeh
Tidak syak lagi, apabila zina telah berleluasa, maka
kebajikan akan turut hancur .
Oleh itu azab siksa Allah S.W.T akan mendekati manusia
sebagaimana
Sabda Rasulullah S.A.W daripada Maimunah R.A :
Maksudnya : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan
selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina
tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan
menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
-(Riwayat Ahmad, baik sanadnya)-
Azab Allah S.W.T kepada pelaku zina bukan hanya dirasai di
dunia sahaja malah mereka turut menerima azab seksa di akhirat kelak .
Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : “Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak
akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak akan
melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih, (golongan itu )
ialah (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang pembohong dan peminta-peminta
yang sombong.”
-Riwayat Muslim-
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu
yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara’), dan tidak
pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan
dosanya.”
-Surah al-Furqan : 68
No comments:
Post a Comment