Friday, September 16, 2011

nak Kurus Cam dulu-dulu lahhh....!!


hurm...berat badan dah nek dan semakin nek...tu la dlu kurus kering nak sangat jadi gemok..bila dah gemuk nak kurus pla...alahai...manusia...memang tak penah bersyukur dengan apa yang ada...hehehe..tapi kegemukan ni jg berkait rapat dengan peningkatan usia agaknya....dl2 masa tahun 2006 berat aku cuma 50 kg ja...tu usia 20 thn sey..mudanye...hik..hik tahun 2008 plak time tu tgh study kat u berat nek g 55 kg...dah la masa tu tgh frust di tinggal kekasih...makan tak lalu, tidur pun bersulam air mata...tapi heran badan tak susut....

saya amat mengakui lah cara hidup kat kampus dlu mendorong berat badan jadi chuby..lemak sana sini..waktu makan tak teratur, makan pon sekali sehari jak tau makan malam...tengahri mkn megi..tau mkn biskut, roti ke...bersenam jarang sangat...begitu la kehidupan seharian aku sampai aku graduate..tahun 2010 timbang berat nek g 5 kilo....means dah total 60 kg...OMG!!!...dan sekarang baru2 ni sebelum bulan posa tu ada la tergerak cek g berat...sebab dah kurang makan nasi...ada buat senaman sikit....tapi tekezut beruk...ingatkan dah susut...tapi nek g upanya........tensioonnnnya...!!!!!..dah 65 kg.......skrg ni dah bertekad cemerlang nak diet.......

saya cuma amalkan tak makan nasi...kl nak pun wktu tghri..tu pun sesenduk ja pun...lebikan sayur....malam pla just mkn oat campur nestum....byk minum air kosong setiap hari...dan lagi satu amalkan minum jus sunquick tu...buat pekat2..biar rasa masam.....
mudah-mudahan aku akan suksesss...adios...

pemberian netbook 1malaysia releven kah????....


sekadar ingin menconteng di blog ni..hehe..mari kita share dan bincang tentang pemberian netbook 1malaysia pada murid sekolah khususnya...saya amat berharap agar pihak kerajaaan memikirkan kembali dimana relevennya memberi netbook kepada murid sekolah..ianya harus dikaji dari sudut positif dan negatif...saya cuma ingin meluahkan rasa pasal hal ni sebab kejadian ni belaku pada adik perempuan saya...adik merupakan salah seoarang penerima netbook ni....yang buat merisaukan kami sekeluarga terutama ibu...semenjak dia dah ada netbook ni...adik asyik berkurung kat dalam bilik...saya pun tengok dah jarang nak ulangkaji pelajaran..balik sekolah terus menghadap netbook....buka internet asyik ngan facebook memanjang...kepala dah naik pening...dah berbuih mulut orang kat rumah ni tegur adik...tapi perangai kian menjadi2 pla...mak merunggut...dan dalam marahnya tu terkeluar perkataan ni " tiada guna kerajaan bagi tu laptop, bukannya menambahkan ilmu anak tuk belajar tapi bikin tambah anak aku jadi lupa pada pelajaran, lalai..."  hah...lebih kurang cam tu la mak aku cakap. aku pun setuju sangatla cakap mak aku tu.....kerajaan harus mengkaji balik..relevenkah dorang bagi netbook pada pelajar sekolah... apa yang membimbangkan bukan mak aku jak yang bising rupanya banyak juga ibu bapa diluar sana yang cakap hal yang sama...dulu anak dorang ok ja...bila dah ada netbok tu dah mula tak kelua2 bilik....menghadap fb...dah tak tau nak bantu ibu kat dapur..memanglah tujuan kerajaan bagi supaya dapat guna teknlogi...cari maklumat and then belajar...tapi tidak releven murid sekolah nak belajar guna netbook...and internet... semua orang tau murid sekolah belajar adalah seratus peratus guna buku teks...tak yah rumit-rumit...memang buku teks la semuanya ada....penggunaan netbook...internat dalam pembelajaran boleh dikatakan amat sinonim dengan mahasiwa/siswi di IPTA dan IPTS....Kl tanya dorang laptop dan internet adalah nyawa....hahaha...

apa-apa pun saya amat berharap pemberian netbook 1malaysia ni dikaji balik keberkesanannya...apa kesan negatif...biarlah kl boleh netbook ni tidak melalikan murid daripada terus belajar...sebab kadang2 teknlogi ni boleh merosakkan daripada membina....ok...adios....

Tuesday, June 7, 2011

Sakit Mata


ni la bagaimana rupa bentuk mata ku yang sakit...


Dalam beberapa minggu lalu, saya telah terjangkit pla dengan sakit mata ni. asal usul penyakit ni ada pada anak sedara aku and then berjangkit kat aku....siksanya sakit mata. mula-mula mata terasa pedih,tup-tup esok pagi bila bangun mata dah merah, berair...dalam 2 hari mcm tu mata bengkak dan semakin berair...makin teruk sebab saya tak g klinik...ada dekat seminggu juga la saya tak de ubat nak ubat mata...pas tu saya gagal selamatkan mata ku yang cantik yang sebelah lagi...dah mula kemerah-merahan...pastu abang sulung saya pun g klinik sebab dia pun sakit mata jugak...saya cuma tumpang sekaki ubat tu......sebenarya tak digalakkan pun berkongsi ubat..tapi saya ni main hentam je la...janji ubat kan...bila dan dapat ubat dalam 2-3 hari dah nmpak perubahan...dah beransur pulih...dan sekarang dah pulih sepenuhnya......

Apa dia sakit mata

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Penyebab sakit mata

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh
  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata  ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.
Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,
Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana?
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.
Sakit sebelah mata ini membuatkan permandangan aku sedikit kabur dan imej yang aku lihat menjadi kurang jelas.  Di hari ke lima ini juga aku tidak nampak tanda-tanda berkurangan . Ada sesiapa yang mempunyai tips-tips dan petua untuk sakit mata ini selain dari nasihat-nasihat doktor?

Friday, May 20, 2011

new Bloger..


dah setahun juga la tak buka blog ciptaan ku ni. ble ke nak kata i'm the new bloger? ahaii..nak berjinak-jinak gak tapi kurang nak ada topik nak share. kl share pasal my life karang ada pla yang bosan. but what ever nti kita coret2 cerita bagus pnya la...see ya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...