Thursday, July 12, 2012

info untuk wanita






Cairan Pada CIK PUAN Vagina

cairan yang keluar daripada vagina sebenarnya berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan pada vagina. Selain itu, ia juga dapat membunuh kuman dan mengawal asid pada liang vagina. Namun sekiranya ia mula berubah warna, bau dan disertai dengan rasa gatal.................................jangan tunggu lagi!!!anda perlu segera mendapatkan rawatan dari doktor sakit puan. kebiasaannya pada vagina yang sihat, jumlah bakteria baik dan bakteria jahat adalah seimbang. bakteria baik berfungsi untuk menjaga keasidan vagina dan mencegah bakteria jahat berkembang dengan cepat. Sekiranya terjadinya ketidakseimbangan antara bakteria baik dan bakteria jahat, vagina akan mula mengalami jangkitan.


Atasi keputihan.

sekitar 7% wanita seluruh dunia akan mengalami masalah keputihan paling tidak pun sekali dalam hidupnya. beberapa jenis rawatan yang dapat meredakan keputihan ialah krim antikulat, berendam dalam air aram suam dan banyak lagi. hindari daripada melakukan diagnose dan rawatan sendiri untuk mengelakkan masalah keputihan menjadi lebih parah. sebaiknnya berjumpalah dengan doktor pakar untuk mendapat rawatan dan nasihat.

melakukan douching.

douching bermaksud menyembur air atau cairan tertentu pada vagina. biasanya douching dilakukan untuk membersihkan darah setelah habis haid. Namun kebnyakkan doktor tidak menyarankan untuk melakukan douching kerana ia boleh mengubah keseimbangan vagina. untuk mencucinya cukuplah sekadar membersihkan dengan air suam atau sabun khusus ketika mandi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...