Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia
adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak
berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa
serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya,
sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada
sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari
semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia
tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum
ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan
tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati
kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor
paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan
cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang
sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang
ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka
rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya
dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya
dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu
perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi
membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan
dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan
kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.
Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah
memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita
berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah
sendiri lagikan tergigitâ€, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di
saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah
jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya
dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan
tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan
dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia
dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan
pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara
satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah
SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang
maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk,
insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment