Sunday, August 5, 2012

hukum wanita dalam haid ziarah tanah perkuburan




Setiap kali lebaran yang akan menjelang tiba, salah satu amalan yang harus kita lakukan iaitu menziarahi tanah perkuburan sanak saudara kita yang telah meninggal dunia. Namun bagi golongan wanita, kadangkala ada sedikit kegusaran terutamanya ketika bulan syawal, ditimpa keuzuran ataupun lebih dikenali sebagai datang haid. Terdapat pihak yang menyatakan wanita sedang haid tidak boleh menziarahi tanah perkuburan…..sejauhmana kebenarannya????
Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.

Sesetengah ulama melihat: harus ziarah kubur, baik lelaki atau wanita. Maka ia merangkumi wanita haidh dan wanita suci. Kerana umum hadis:

"Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur. Maka ziarahlah ia". HR Muslim (no: 977).

Dan kerana ada hadis bahawa Aisyah r.a. pernah menziarahi kubur saudaranya Abdul Rahman. Apabila ditanya, jawabnya: Dulu Nabi melarangnya, kemudian memerintahnya.
HR Baihaqi (no: 6999), Al-Hakim dlm Mustadrak (no: 1392).

Sesetengah ulama pula cenderung kepada larangan wanita menziarahi kubur, kerana hadis "Allah melaknat wanita2 yang banyak menziarahi kubur".
HR Tirmizi (no: 1056) katanya: Hasan Sahih.

Bagi mereka yang cenderung pendapat ini juga tidak membezakan antara wanita haidh dan wanita suci

Wanita yang sedang berada dalam keadaan haid tidak dilarang bagi menziarahi kubur.
Tiada nas Al-Quran dan hadis yang melarang wanita haid pergi ke kubur kerana ia bukanlah tempat suci untuk beribadah.

Bagaimanapun mungkin ketika berziarah golongan wanita tidak dapat membaca ayat Al-Quran kecuali berzikir saja. Selain itu golongan wanita seharusnya perlu menjaga tertib dan adab ketika berada ditanah perkuburan.

Adab ketika diperkuburan:
  • Jangan sering berziarah
  • Tanpa tabaruj…iaitu x memakai wangian. Kerana wanita yang keluar dengan memakai  wangian dianggap tabaruj, lagi-lagi ketika melawat kubur
  • Melakukan adab wanita muslimah, seperti menutup aurat dengan betul.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata Yang salah seperti meratap, menjerit-jerit dan melakukan perkara syirik seperti meminta-minta kepada si mati.
  • Mengambil pengajaran untuk mengingat hari akhirat.
  • Tidak melakukan amalan bida’ah seperti menziarah pada hari-hari tertentu seperti menetapkan pada hari jumaat sahaja, berkirim salam kepada nabi melalui si mati.

Jadi disini jelas lah tiada larangan Untuk kaum wanita sedang haid untuk melawat kubur. Jadikan lawatan kita itu sebagai satu medium untuk menginsafkan dan memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup….amin..

Doa ziarah kubur:

“semoga keselamatan tercurah bagi kalian wahai penghuni tempat kaum mukminin. Kami dan kalian serta apa yang dijanjikan besok adalah orang yang ditangguhkan. Dan kami insayaallah akan meyusul kalian. Ya ALLAH ampunkanlah penghuni kubur ”






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...