kadang-kadang kita ni tak terlepas daripada buat silap...antaranya 'marah'. kadang-kadang juga tanpa kita sedari kita dah sakitkan hati orang lain....jadi kita perlu mengawal kemarahan agar tidak menjadi sesuatu yang memudaratkan...di bawah adalah tips dan paduan kawal kemarahan...cekidot...
Di
antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
(1) Mula-mula kita perlu MALU KEPADA ALLAH S.W.T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
(2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini HANYALAH SEORANG MANUSIA YANG HINA
(3)
Banyakkan BERDIAM DIRI dan BERDOA kepada Allah agar Allah selamatkan kita
daripada sifat marah.
(4) Hendaklah INGAT KESAN daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
(5) Cuba BAYANGKAN BETAPA BURUKNYA rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
(6) Apabila datang marah, banyakkan BACA TA;AWWUZ ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
(7) Apabila marah sedang memuncak, AMBIL WUDHU kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
(8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklahTIDUR. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
(9) TAUHID kita perlu TEPAT.SETIAP SESUATU DATANGNYA DARIPADA aLLAH DAN AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH .Kenapa kita perlu marah?
♥Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi♥
♥Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang♥
♥Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda♥
♥♥ Jangan lupa tekan SHARE ye ♥♥
No comments:
Post a Comment