1. Sembahyang diabaikan
(diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat
digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau
film.
3. Rakyat menjadi pemimpin dan
kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan
pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan
salah menjadi benar. Sukar untuk membedakan perkara halal dan haram karena yang
haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan
dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta,
perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut
kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih karena maksiat
berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan
hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkawin dengan
lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki
dengan memakai obat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan
mendurhaka ibu bapak (ibu bapak menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayani dengan
kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh
dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah
bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan, meninggalkan sembahyang, membuka aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi
kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku pencurian barang dimasjid yang
berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi
munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan
Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia
dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah
tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga
orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga,
sering berlaku pembunuhan, peperangan dll.
20. Penganut Islam tidak mahu
mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi
wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah
dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang
miskin bermaksud meminta sedekah
No comments:
Post a Comment