LONDON – Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada
Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat
akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai
tudung semasa bertanding.
Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang
mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan
Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan
atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.
“Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan
tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan
diri itu atas faktor keselamatan,” kata Presiden IJF, Marius Vizer.
Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk
melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap
kesihatan atlet.
Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita
bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat
mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.
-Sinar Harian Online-
p/s: diskriminasi
agama nampaknya….dah lah masa pembukaan sukan ari tu jelas banyak tersiratnya
penghinaan mereka pada agama islam…
No comments:
Post a Comment