Tuesday, August 28, 2012

kisah anak derhaka belikan ibunya daging babi untuk berbuka puasa






Assalamualaikum sahabat 2..

Tadi sebelum solat jumaat ada Tazkirah di Masjid..Dalam tazkirah tersebut ada menceritakan satu kisah yang sangat menyentuh perasaan dan ingin saya kongsikan pada sahabat 2 semua...semoga ianya menjadi Tauladan pada kita.Insyallah,amin...

"Dikisahkan ada seorang pemuda yang telah insaf berjumpa dengan seorang Ustaz untuk memohon maaf atas segala kesalahannya yang lamp
au..Beliau dahulu semasa muda tergolong dalam kalangan muda mudi yang liar.."

"Ustaz itu berkata bertaubatlah,insyallah pasti Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah beliau lakukan...Tetapi beliau terus menangis dan mengatakan yang dosa beliau terlalu besar...Ustaz itu bertanya dosa apa yang telah dilakukannya..??Pemuda itu berkata dia berdosa pada Ibunya..Ibunya kini telah meninggal dunia.."

"Pada suatu petang dibulan Ramadhan Ibunya menyuruhnya membeli barang dapur untuk dimasak bagi hidangan berbuka puasa..Pemuda ini enggan kerana dia tidak berpuasa..dan memang sikapnya yang sering melawan cakap Ibu..Ibunya menyuruhnya lagi beberapa kali dan pemuda itu pun pergilah ke pasar dan pulang membawakan daging buat Ibunya.."

"Sampai sahaja dirumah,pemuda itu terus melemparkan daging itu pada Ibunya...Ibunya ambil,masak dan berbuka dengan daging tersebut..."

"Kini Ibu saya dah tiada Ustaz..setiap petang Ramadhan saya akan menyesal dengan perbuatan saya ini Ustaz..Ustaz tahukah daging apa yang saya belikan pada Ibu saya..???Yang Ibu saya makan Ustaz...???

"SAYA BELI DAGING 'BABI' UNTUK IBU SAYA USTAZ...IBU SAYA MAKAN DAGING 'BABI' YANG SAYA BELI USTAZ...!!"

"Pemuda ini sangat menyesal atas kesialapan yang telah beliau lakukan pada Ibunya itu..Nasihat Ustaz tersebut :

1.Bertaubatlah pada Allah,semoga Allah akan mengampunkan dosa - dosa kamu..

2.Mendoakan keampunan dosa - dosa Ibumu.

3.Menjelaskan hutang Ibumu jika ada.

4.Membayarkan zakat Ibumu jika masih tertunggak.

5.Mengqada'kan puasa Ibumu.

6.Membayarkan fidyah puasa Ibumu.

7.Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.

8.Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.

9.Membuatkan haji untuknya

"Insyallah,semoga Allah akan mengampunkan segala dosa - dosa kamu...Amin."

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?”

“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” .Kemudian aku mengaminkannya.

“Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin”

“Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.

(H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

●▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬●
اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
●▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬●


___ sharing is caring____





Sunday, August 26, 2012

7 ayat cinta








Sabda Rasulullah SAW:Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahmannirrahim; Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah; Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah; Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah; Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah ;Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau

melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah; Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah; Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.Amalkanlah

selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.





Tuesday, August 14, 2012

BAHAYA MINUM ARAK









Abul Laits berkata: “Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:
  • Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: “Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj’alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: “Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan.”
  • Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal.”
  • Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Innama yuridus syaithanu an yuqi’a bainakumul adawata walbagh dhaa’a filkhamri walmaisir.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi.”
  • Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun.” (Yang bermaksud): “Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?” Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): “Intahainaa ya Robbi.” (Yang bermaksud): “Kami hentikan ya Tuhan.”
  • Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar
  • Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat
  • Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan kemajlis fasiq dan adanya bau busuk
  • Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan
  • Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari
  • Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.
Ini semua siksa dunia sebelum siksa akhirat, maka tidak terhitung selain dariminuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.
Sedutan dari kitab tanbihul Ghafilin.



BURMA'S BUDDHIST ARE TERRORISTS


.




etnik rohingya di myanmar adalah saudara islam kita, tapi di manakah keadilan untuk mereka...kesengsaraan mereka dapat kita hentikan jika negara-negara islam dunia bersatu hati membantu mereka...itu adalah sangat pasti.....adakah kita sanggup islam ditindas dan di layan seperti binatang yang keji. para pemimpin negara islam harUs memainkan peranan dalam menggerakkan usaha membantu menghentikan kekejaman umat islam di Burma. Buddha Burma adalah TERRORIST yang sebenarnya. sebagai rakyat malaysia, apakah sumbangan yang telah kita lakukan??? dengar dan hanya membiarkan sahaja....maybe kot. bagi saya sendiri apa guna kita melakukan perhimpunan bersih, janji bersih yang di uar2 kan baru- baru ini......lebih baik kita membuat perhimpunan, yang mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata ramai pihak terutamanya pemimpin kita...mungkin itu lebih baik. terlalu besar harapan saudara-saudara kita di burma untuk mendapat hak mereka kembali.....


save..muslim Rohingya in BURMA....



PM turki buat lawatan ke Burma..PM kita bila lagi?..



Semoga lawatan PM Turki membesi mesej bahawa Umat Islam Di Burma memiliki PM dunia Islam yang berani berhadapan dengan Israeil sanggup juga berhadapan dengan mereka yang menzalimi saudaranya seagama walaupun di bumi yang terasing.
Ya Allah, pamerkanlah kekuasaan Mu untuk membuktikan agama Islam adalah Agama Mu.. Amin Ya Rabbal Alamin.





Isteri PM Turki menitis air mata apabila bertemu kaum muslimat Burma.


Gambar Pembunuh Umat Islam Burma





























hentikanlah kekejaman dan pembunuhan terhadap rakyat muslim di burma....




Thursday, August 9, 2012

Kisah Benar Seorang Mualaf Chicago






Assalamualaikum!

Ia adalah kisah tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah convert ke Islam daripada Krist ian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, “Adakah anda Smith?” Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” “Adakah anda Muslim?” Tanyanya.

Dia berkata, “Ya”.

Ibunya menjadi sangat marah, dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam. Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media.

Jadi, selama dia tinggal bersama selama dua minggu, ia tidak pernah berbicara tentang Islam. Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur.

 Ringkasannya, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

“Smith, datang ke sini,” kata ibunya selepas dua minggu. “Tahukah anda bahawa ketika anda masih kecil, ayahmu sering membawa anda ke gereja? Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup anda. Bila anda menjadi seorang remaja, anda gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama saya dengan kurang ajar .

“Tapi sekarang anda benar-benar berubah. Anda terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak anda dan abang anda, yang tinggal di bandar ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil saya melalui telefon. Selain itu, anda selalu membuat saya senang selama dua minggu. ”

Muhammad Abdullah berkata: “Bu, ini adalah Islam. Adakah anda tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada anda? (17:23). Dan Nabi Muhammad saw (saw) mengatakan bahawa jika saya menyenangkan Allah, dan aku tidak menyenangkan anda, saya tidak akan boleh masuk syurga. Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu. ”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus saya lakukan jika saya ingin menjadi seperti anda?”

“Adakah anda yakin, Bu? Kau kata sebelum ini bahawa ini adalah agama pengganas,” kata Smith.

Ibunya berkata, “Ya, saya yakin, kerana itu mengubah hidup anda. Ini mengubah keperibadian anda dan perilaku anda.”

Ibunya meninggal 3 tahun selepas itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 . Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin.
 Wallahu’alam….



Tuesday, August 7, 2012

(comel) gambar kucing masa kecil dan dah besar..


COMEL, KIUT...INI ADALAH KOLEKSI GAMBAR KUCING MASA DORANG KECIK DAN DAH BESOR...PADA TEMPAT YANG SAMA JUGA...LAWAK PUN ADA JUGA...HEHE....LAYANZZ...






























































Sunday, August 5, 2012

hukum wanita dalam haid ziarah tanah perkuburan




Setiap kali lebaran yang akan menjelang tiba, salah satu amalan yang harus kita lakukan iaitu menziarahi tanah perkuburan sanak saudara kita yang telah meninggal dunia. Namun bagi golongan wanita, kadangkala ada sedikit kegusaran terutamanya ketika bulan syawal, ditimpa keuzuran ataupun lebih dikenali sebagai datang haid. Terdapat pihak yang menyatakan wanita sedang haid tidak boleh menziarahi tanah perkuburan…..sejauhmana kebenarannya????
Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.

Sesetengah ulama melihat: harus ziarah kubur, baik lelaki atau wanita. Maka ia merangkumi wanita haidh dan wanita suci. Kerana umum hadis:

"Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur. Maka ziarahlah ia". HR Muslim (no: 977).

Dan kerana ada hadis bahawa Aisyah r.a. pernah menziarahi kubur saudaranya Abdul Rahman. Apabila ditanya, jawabnya: Dulu Nabi melarangnya, kemudian memerintahnya.
HR Baihaqi (no: 6999), Al-Hakim dlm Mustadrak (no: 1392).

Sesetengah ulama pula cenderung kepada larangan wanita menziarahi kubur, kerana hadis "Allah melaknat wanita2 yang banyak menziarahi kubur".
HR Tirmizi (no: 1056) katanya: Hasan Sahih.

Bagi mereka yang cenderung pendapat ini juga tidak membezakan antara wanita haidh dan wanita suci

Wanita yang sedang berada dalam keadaan haid tidak dilarang bagi menziarahi kubur.
Tiada nas Al-Quran dan hadis yang melarang wanita haid pergi ke kubur kerana ia bukanlah tempat suci untuk beribadah.

Bagaimanapun mungkin ketika berziarah golongan wanita tidak dapat membaca ayat Al-Quran kecuali berzikir saja. Selain itu golongan wanita seharusnya perlu menjaga tertib dan adab ketika berada ditanah perkuburan.

Adab ketika diperkuburan:
  • Jangan sering berziarah
  • Tanpa tabaruj…iaitu x memakai wangian. Kerana wanita yang keluar dengan memakai  wangian dianggap tabaruj, lagi-lagi ketika melawat kubur
  • Melakukan adab wanita muslimah, seperti menutup aurat dengan betul.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata Yang salah seperti meratap, menjerit-jerit dan melakukan perkara syirik seperti meminta-minta kepada si mati.
  • Mengambil pengajaran untuk mengingat hari akhirat.
  • Tidak melakukan amalan bida’ah seperti menziarah pada hari-hari tertentu seperti menetapkan pada hari jumaat sahaja, berkirim salam kepada nabi melalui si mati.

Jadi disini jelas lah tiada larangan Untuk kaum wanita sedang haid untuk melawat kubur. Jadikan lawatan kita itu sebagai satu medium untuk menginsafkan dan memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup….amin..

Doa ziarah kubur:

“semoga keselamatan tercurah bagi kalian wahai penghuni tempat kaum mukminin. Kami dan kalian serta apa yang dijanjikan besok adalah orang yang ditangguhkan. Dan kami insayaallah akan meyusul kalian. Ya ALLAH ampunkanlah penghuni kubur ”






Friday, August 3, 2012

HADIS 15 RAMADHAN







Sedar tak sedar sebenarnya kita dah melepasi tarikh 15 ramadhan yang di gembur2kan sebelum ni....ianya pada kelmarin bukan?...see what..takde apa pun yang berlaku..dan ternyata la apa yang dikatakan para ulamak Hadith tersebut tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini.







Dan ini adalah artikel yang dah menyebabkan kegusaran umat islam:




Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman..




Apa pun, peristiwa itu pasti
akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn.....




biar pun ianya adalah hadith yang tidak sahih tetapi kiamat itu adalah benar akan berlaku, kita sebagai umat islam kena memperbanyakkan amal ibadat kerana sudah terlalu banyak tanda-tanda kecil kiamat yang mana semuanya telah lengkap terjadi tanpa kita sedari. dan banyakkan berdoa sekiranya kita masih hidup sehingga turunnya imam mahdi, pohonlah pada ALLAH semoga kita akan menjadi salah seorang daripada barisan tentera2 imam mahdi...insyaallah.....







Thursday, August 2, 2012

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung





LONDON – Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.
Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.
“Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan,” kata Presiden IJF, Marius Vizer.
Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap kesihatan atlet.
Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.

-Sinar Harian Online-

p/s:  diskriminasi agama nampaknya….dah lah masa pembukaan sukan ari tu jelas banyak tersiratnya penghinaan mereka pada agama islam…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...