Kisah
ni di ambil dari facebook sharing. Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si
kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak
galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang
jernih. Semoga bermanfaat!
_
_ _ _ _ _
Suatu
hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah
makwenya…
Gadis
: Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna
: Boleh ke?
Gadis
: Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup
masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan
kedatangan si Teruna.
Teruna
: Assalamualaikum.
Bapa
Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat
pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si
gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis
: Mari, duduk kat kerusi
Teruna
: Eh..
Setelah
tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap
bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa
Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna
: Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa
Gadis : Oh..
Teruna
: ??
Hampir
5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu
Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna
: Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu
Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna
: Segan cik. Hehe
Bapa
Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu
Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna
: Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa
Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna
: (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah
yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat.
Boleh saya tanya cik sikit
Bapa
Gadis : Boleh takde masalah
Teruna
: Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa
Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu
Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari
orang sebelah ni
Teruna
: Berapa tu mak cik?
Ibu
Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna
: (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..)
Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa
Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah
satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si
teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna
cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna
: Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa
Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna
: (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu
Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa
Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna
: (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan
tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang
jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa
Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah
tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu
Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita
buruk-buruk pulak.
Bapa
Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu
Gadis : Abahnya!
Teruna
: (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh
tak dia baca quran?
Ibu
Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna
: Kali terakhir bila?
Ibu
Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna
: hmm..
Ibu
Gadis : Kenapa?
Teruna
: Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa
Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna
: Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang
bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir
terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat
tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna
: Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti
mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa
dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25
ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup
habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi
100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka
memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah
serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si
gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah
adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati
menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada
majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan
dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz
si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si
suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu
semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa
Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan
sekali seumur hidup.
Teruna
: Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu
Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna
: Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang
tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu
pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat
dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu
si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan
itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin
ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa
Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna
: Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat
sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa
Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak
boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna
: Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang.
Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa
Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap
mulut je.
Teruna
: Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina
dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa
perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa
menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan
dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia.
Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.
Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan,
peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat.
Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa
Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna
: Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru
boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia,
dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta
izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu
yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa
tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja
yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan
jadi berat.
Bapa
Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da
lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna
: Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya
kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
(an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun
pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada
dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang
kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun
tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap
tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis
memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis
mendapat akal.
Bapa
Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu
tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira
apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap
basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna
: Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat
Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa
Gadis : Serius lah sikit.
Teruna
: Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul
urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin.
itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya
pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat
tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat
menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung
dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang
camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh
camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah
janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat
pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita
merancang je.
Azan
zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si
gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi
bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon
untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan
kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang
dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri
di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si
teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari
jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata
melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap
ayahnya.
Ibu
Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama
ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa
Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi.
Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis
: Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si
gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si
teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru
sahaja diterima daripada si gadis
“Andai
Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“
: )”
“Petang
ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”