Friday, April 10, 2015

REVIEW SABUN MARINE ESSENCE



Assalamualaikum...hari ni saya nak review lagi satu produk yg telah saya gunakan..sabun marine essence...saya dh lama intai sabun ni..tapi sebulan yang lalu saya ambil keputusan nak beli juga..jd untuk permulaan saya beli 1 ketul sabun..pertama kali pakai saya dah rasa sedikit perubahan kat muka....jerawat dah makin kering dan kurang berminyak....untuk pengetahuan uolls badan saya ni banyak timbul ruam2 merah kat dada lengan dan belakang badan..alhamdulillah sejak menggunakan sabun marine essence ruam dah makin berkurangan......dan part yg paling best,celah kelangkang dah makin cerah....bestnye.....!!

  Kulit muka pn now dh makin cerah warna lbh sekata dan paling penting bebas jerawat..so siapa2 nak mencuba tak rugi tau..kalau saya boleh beli kenapa tidak dengan anda.....hehe..ayat...untuk siapa yg berminat sila la scroll kat bawah...

[SABUN MARINE ESSENCE]



★  100% terbukti selamat dan berkesan.
★  mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :NOT140203726K
★  HALAL
★  produk BEBAS BAHAN KIMIA
★  terdiri daripada RAMUAN EKSLUSIF bahan semula jadi;
     Garam Buluh, Ekstrak Teh Pu-Erh, Ekstrak Liquorice, Minyak Tea Tree, Vitamin E,
     Gliserin, dan Aloe Vera.

 ✰ SABUN PENCERAH  MARINE ESSENCE ✰:  Direka khas untuk memastikan kulit anda lebih LEMBUT, GEBU, CERAH, SIHAT & SENTIASA BERSERI.


MERAWAT.......
✘ ketiak yang hitam
✘ ketiak berbau
✘ badan berbau
✘ celah peha hitam
✘ jerawat
✘ jerawat batu
✘ jerawat di badan
✘ jeragat
✘ gatal-gatal hidung dan muka (resdung)
✘ leher berdaki
✘ leher hitam
✘ lutut hitam
✘ buku lali hitam
✘ parut jerawat
✘ parut demam campak
✘ kulit muka berminyak
✘ kulit muka kusam
✘ kulit sensitif
✘ kulit kering
✘ eczema
✘ ruam badan (kebiasaannya pada bayi)
✘ panau
✘ kurap


✰ SABUN PENCERAH  MARINE ESSENCE ✰ SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT WALAUPUN KULIT SENSITIF.
✰ SABUN PENCERAH  MARINE ESSENCE ✰ SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR WALAUPUN BAYI.
✰ SABUN PENCERAH  MARINE ESSENCE ✰ SESUAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN, BAYI DAN WANITA HAMIL.
Berminat? Pm/whatsapp
(014-2046477)

#projekSTG
#elitkingdom

shampoo ajaib..


Assalamualaikum reader....saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan syampoo marine essence...sebenarnya saya mengalani mslah kelemumur teruk,rmbut gugur,jerawat kat kulit kepala dan gatal2....macam2 syampoo dah try tp mslh ttp tak selesai...hinggala 1 hari kwn srh try shampoo marine essence....masalah gatal2 dah kurang,bila sikat rambut pun dh tak bnyk yg gugur......rmbt rasa lembut dan terurus....serius ni..saya tak tipu...shampoo ni mmg lain dari yg len..must try...k la bg yg berminat please read kat bwh...



Macam2 jenis shampoo dah cuba..

Harga pun xkurang hebatnya, tapi hasil tetap sama mcm shampoo yg jual d pasaraya

Shampoo Marine essence Mungkin penutup untuk Pencarian shampoo yg selama ini anda cari.. Kenapa?

Kelebihan Marine Essence  Bamboo Salt Nourishing Shampoo:-

√Menyegarkan kulit kepala
√Menghalang kelumumur
√Menghalang kegatalan kulit kepala. √Menghilangkan kudis/jerawat kepala √Menyihatkan rambut
√Menghilangkan sakit kepala
√Membantu merawat stress dan kepenatan
√Menyuburkan & melembutkan rambut
√Menghalang rambut gugur
√Membantu Masalah Uban (bkn faktor usia)
:
Produk ini tanpa kandungan sabun, paraben & SLES. Anti oksidan dan anti bakteria. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat
:
Benda yang paling disukai semua ialah bau nya yang cukup WANGI. Feel fresh lepas bersyampu dengan syampu marine essence ini.

Nak cuba? Pm/whatsapp sy..
(0142046477/cate)

#projekSTG
#Elitkingdom

Tuesday, October 22, 2013

Adakah hatiku terjaga dari Penyakit Hati " buruk sangka "??




kejadian yang menimpa diri baru-baru ini memaksa aku untuk menulis pada blog usang ini dan telah membuka mataku kepada dosa yang kita tak sedari..kita sebagai manusia tidak lepas daripada sifat buruk sangka terhadap apa2 pun di sekeliling kita...aku sendiri tidak terlepas selalu ada sifat ini, bila cakap tentang gosip artis, politik dan bila kita kenal seseorang yang kita tak kenal dan selalu cakap si polan tu itu dan ini,menilai manusia hanya daripada pandangan luaran ...astaghfirulla'alazim..tanpa disedari berdosanya aku berburuk sangka tanpa mengetahui apa yang sebenar-benarnya berlaku....ya ALLAH ampunkanlah hamba MU ni....



ini bukanlah pertama kali bagaimana aku merasa rasanya apabila orang berburuk sangka kepada kita, berburuk sangka terhadap apa yang kita langsung tidak lakukan sehingga ia menjadi fitnah biarpun perkara sebenar telah kita terangkan adalah  tidak seperti yang mereka fikirkan .  Dalam dunia percintaan dan dalam hubungan kekeluargaan juga sering wujud sifat buruk sangka yang menimbulkan pertelingkahan, sehingga menjadikan hubungan adik beradik, suami isteri menjadi porak peranda. Patutlah mengapa ALLAH melarang manusia berburuk sangka sesama manusia, lihatlah kesan buruknya amatlah besar

Memang benarlah KITA  TIDAK MAMPU UNTUK MENGUBAH HATI ORANG LAIN UNTUK BERBAIK SANGKA KEPADA KITA, TETAPI KITA MAMPU UNTUK MENDIDIK HATI KITA UNTUK BERBAIK SANGKA DENGAN ORANG LAIN....

sesiapa yang pernah mengalami apa yang aku alami ini pasti akan memahami, betapa terguris dan sedihnya hati kita apabila orang berburuk sangka menuduh kita melakukan itu dan ini yang kita tak pernah lakukan langsung dan kita dilemparkan dengan tuduhan membabi buta...aku bukanlah sesuci malaikat, aku hanyalah manusia biasa yang punya perasaan. Rupa-rupanya Sungguh Payahnya untuk menegakkan perkara yang benar apabila hati seseorang itu diselubungi perasaan "BURUK SANGKA".  Aku sedar aku tidak mampu mengubah hatinya untuk bersangka baik kepadaku tetapi cukuplah sekadar aku bersangka baik kepadanya kerana aku tidak mahu kesan penyakit hati 'buruk sangka' ini mewujudkan perasaan benci membenci dan pertelingkahan antara kami...jika tidak ada sedikitpun sekelumit persaan percaya kepada kata2 ku biarlah hanya ALLAH  yang menjadi saksi paling hebat kerana Dia maha mengetahui, Maha melihat dan Maha mendengar........kerana aku sudah berusaha menerangkan perkara yang sebenar..terpulanglah orang mahu menilai diri ini , kerana aku tidak melarang bahkan tidak mampu mengubah hati mereka bersangka baik kepadaku,  kerana aku tahu itu semua tidak mendatangkan walau sebutir zarah dosa kepadaku..

tapi aku bersyukur Pegajaran besar aku perolehi daripada kejadian ini...mengajar aku untuk menghindari perasaan buruk sangka terhadap orang lain kerana aku telah merasai bagaimana rasanya orang berburuk sangka kepadaku.....bak kata uztaz Fadhila Kamsah, memaafkanlah jika ingin hati menjadi tenang (SAMA-SAMALAH KITA BUANG YANG KERUH DAN AMBIL LAH YANG JERNIH)
akan ku didik dan jaga hatiku dari penyakit hati.......INSYAALLAH....AMIN

hadapilah dengan senyuman  :)






HUKUM BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM




Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah.  Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.
                Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama.  Malah  Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah.  Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallamsebagaimana firman Allah dan sabda Nabi:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".  H/R al-Bukhari.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا.  رواه ابن ماجه.

"Dari Abdullah bin Umar berkata:  Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda:  Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya  sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”.  H/R Ibn Majah.

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ :  وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.

"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata:  Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik".  Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ

"Dari Haritha bin an-Nukman berkata:  Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku:  Kepercayaan sial.  Hasad dengki.  Prasangka.  Beliau bertanya:   Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?   Baginda bersabda:  Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan".  H/R at-Tabrani.

         Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama).  Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain).  Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu.  Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.  Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya".   H/R Imam Malik.

- SHARING IS CARING-



Friday, January 25, 2013

KISAH TELADAN PAKU DI DINDING..







Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

- SHARING IS CARING -

Thursday, January 17, 2013

Mari kenali lambang2 yg ada kat kotak rokok.







Singa Judah

Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.

Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.

Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.

Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi


Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poket sepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.

Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin




Wednesday, December 26, 2012

iklan jawatan kosong


iklan jawatan kosong terbaru dalam suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia..





go to this link  http://www.spa.gov.my/Portal/


- sharing is caring -





Saturday, November 17, 2012

fesyen artis paling no.1 di malam AIM 2012



Antara fesyen artis malam AIM 2012















TAPI FESYEN PALING TOP JATUH KEPADA...........................
























TARAAAAAA....HELIZAH HELMI LAH....SOPAN, LABUH DAN LONGGAR....NI BARULAH NAMANYA MUSLIMAH...YANG BERTUDUNG DATANG MALAM TU...KETAT METAT LAH DIK oii....

apa pun tahniah tuk semua yang menang tu......i like heliza...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...