Al-Kisah yang telah diceritakan oleh
al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan
juga meran
gkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31
Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di
Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu
pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal
Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba
senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang
berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka
berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang
mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera
mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih
sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih
itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling
pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai
sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba
salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan
ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan
Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.
Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu
baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil
Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi
kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!
#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA
BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU
DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.
Allah...Allah...Allah...Selamatkan n turunkanlah bantuanMu pada saudara2 kami
ya Allah..