Tuesday, June 7, 2011

Sakit Mata


ni la bagaimana rupa bentuk mata ku yang sakit...


Dalam beberapa minggu lalu, saya telah terjangkit pla dengan sakit mata ni. asal usul penyakit ni ada pada anak sedara aku and then berjangkit kat aku....siksanya sakit mata. mula-mula mata terasa pedih,tup-tup esok pagi bila bangun mata dah merah, berair...dalam 2 hari mcm tu mata bengkak dan semakin berair...makin teruk sebab saya tak g klinik...ada dekat seminggu juga la saya tak de ubat nak ubat mata...pas tu saya gagal selamatkan mata ku yang cantik yang sebelah lagi...dah mula kemerah-merahan...pastu abang sulung saya pun g klinik sebab dia pun sakit mata jugak...saya cuma tumpang sekaki ubat tu......sebenarya tak digalakkan pun berkongsi ubat..tapi saya ni main hentam je la...janji ubat kan...bila dan dapat ubat dalam 2-3 hari dah nmpak perubahan...dah beransur pulih...dan sekarang dah pulih sepenuhnya......

Apa dia sakit mata

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Penyebab sakit mata

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh
  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata  ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.
Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,
Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana?
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.
Sakit sebelah mata ini membuatkan permandangan aku sedikit kabur dan imej yang aku lihat menjadi kurang jelas.  Di hari ke lima ini juga aku tidak nampak tanda-tanda berkurangan . Ada sesiapa yang mempunyai tips-tips dan petua untuk sakit mata ini selain dari nasihat-nasihat doktor?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...